PEMBONGKARAN Gerakan Syiah Malaysia (Utusan Malaysia, 30 Julai
2013) yang dikatakan menggunakan dana sebesar RM24 juta membina sebuah
kompleks serba canggih mulanya di Gombak, Selangor dan beralih ke
Wilayah Satun, Thailand adalah sesuatu yang mengejutkan.
Aktiviti Syiah ini telah dikesan sejak lama terutama di Selangor.
Penangkapan beramai-ramai pengikut ajaran ini di Gombak oleh Jabatan
Agama Islam Islam pada tahun terdahulu adalah bukti yang sangat nyata.
Selangor dikatakan menjadi tempat utama bagi pengembangan pengaruh Syiah
ini.
Apabila Kedah mengambil langkah berani mengharamkan ajaran Syiah
barulah negeri-negeri lain merasakan ia suatu ancaman. Rencana Ismail
Mina Ahmad, Pengerusi Muafakat Malaysia (dua siri di Utusan Malaysia
pada 29-30 Julai 2013) menyatakan dengan jelas tentang bahaya ajaran
Syiah dan pertentangannya dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang
menjadi anutan arus perdana di Malaysia.
Sejak Revolusi Iran 1979, pengaruhnya menjalar ke seluruh dunia. Apa
yang kita lihat di Lebanon, Iraq, Syria, Baharin dan banyak tempat ia
membawa pertempuran yang dahsyat dan menyebabkan negara-negara Islam
menghadapi pertikaian yang panjang.
Pas di Malaysia amat tertarik dengan Revolusi Iran ini pada suatu
ketika dulu. Pas zaman pemerintahan Abdul Hadi Awang mengambil jalan
radikal menghadapi situasi politik di Malaysia. Ramai orang Malaysia
berkunjung ke Iran khususnya di Qum, sebahagiannya untuk menjadi Syiah
dan sebahagiannya mengagumi Iran dalam menghadapi politik kuasa besar.
Di Malaysia, dikatakan ada pemimpin politik mengambil pendekatan
taqiyyah atau penyamaran, mengagumi politik wilayatul faqih tetapi masih
kekal dalam amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka tidak mudah dikenal
pasti tetapi pada masa lalu ada ulama dan aktivis yang simpati kepada
revolusi Iran mati dalam Syiah.
Maklumat yang ada menyatakan pengaruh itu datang dari orang Syiah
yang jumlahnya ribuan yang sudah berada di Malaysia sama ada
sebahagiannya yang sedang belajar, para peniaga dan usahawan dan juga
kelompok-kelompok tertentu yang mempengaruhi umat Islam di Malaysia.
Kalau ia tidak dibendung dan diatasi, pengaruh Syiah ini akan membawa
perpecahan yang lebih parah. Suasana politik umat Islam di Malaysia
sudah sedia pecah. Dengan pengaruh Syiah yang menyelinap dalam
organisasi dan komuniti tidak mustahil ia boleh meresapi parti politik
dan menyebabkan pertentangan akan menjadi lebih parah.
Di Indonesia, pengaruh Syiah semakin kuat. Ulama Indonesia,
Jalaluddin Rahmat menulis banyak buku mengenai faham Susyi iaitu
cantuman Sunnah dan Syiah yang cuba melakukan sinergi antara kedua faham
itu. Penerbit Al-Mizan yang terkenal di Indonesia amat terbuka untuk
menerbitkan buku-buku yang membawa faham Syiah ini.
Kalau Satun di Thailand menjadi pusat pengembangan Syiah pada masa
depan sudah tentu pengaruhnya akan terkait dengan apa yang berlaku di
Malaysia dan Indonesia. Pertentangan umat Islam di daerah Pattani dengan
kerajaan Bangkok akan menjadi lebih tajam, pola politik Indonesia masa
depan akan jadi lebih radikal dan politik umat Islam di Malaysia akan
jadi lebih kacau.
Telah sekian lama umat Islam di rantau ini menganut faham Ahlus
Sunnah Wal Jamaah. Ia mewujudkan kestabilan dalam faham beragama
meskipun ada pergolakan dalam kegiatan politik setempat.
Kehadiran Syiah dalam bentuk terancang seolah-olah ada tujuan
mensyiahkan seluruh umat Islam di mana-mana sedangkan pada prinsipnya
banyak percanggahan dengan ajaran Ahlus Sunnah Wal Jamaah itu sendiri.
Penulis percaya kerajaan Malaysia amat menyedari apa yang berlaku.
Langkah bijaksana, tegas dan berkesan perlu diambil supaya pengaruh ini
dapat dibendung.
Pengaruh Syiah ini yang sifatnya politikal dan juga ideologikal akan
memberi kesan pengaruh
politik umat Islam di Malaysia. Ada setengah
pendukung politik berpendapat bahawa menerusi proses demokrasi cita-cita
menegakkan negara Islam tidak akan tercapai.

Sudah wujud aliran menegakkan sistem Khalifah di Malaysia dan pengaruhnya sudah mula bertapak di universiti. Simpang siur aliran fahaman politik ini kalau tidak diperbetulkan bakal memberi kesan kepada generasi muda di Malaysia. Apalagi dengan pengaruh Syiah di Malaysia, sempurnalah perpecahan yang ada dan keadaan tidak stabil menunggu kita kalau tindakan berkesan tidak dibuat.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130802/re_03/Pengaruh-Syiah:-Bahaya-perpecahan--sedang-menunggu#ixzz2gdYZL8TC
© Utusan Melayu (M) Bhd
FENOMENA SYIAH DI MALAYSIA MASAKINI
PUTRAJAYA
- Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengesan terdapat 250,000
pengikut Syiah di negara ini dengan sepuluh kumpulan dikenal pasti
bergerak aktif.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, jika sepuluh tahun dahulu mereka cuma terdiri komuniti kecil dan mempunyai tiga buah markas sahaja, tetapi kini markas mereka hampir di seluruh negeri.
"Perkembangan teknolgi maklumat antara faktor memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan menyebarkan fahaman apatah lagi orang ramai mudah untuk akses kepada pelbagai bentuk laman sosial dan media sosial," katanya di sini hari ini.
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996. Penularan fahaman Syiah kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam.
Abdul Rahim berkata usaha untuk memerangi dan membanteras pergerakan Syiah secara total perlu dilaksanakan secara bersepadu dan tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada satu agensi sahaja.
"Di pihak KDN misalnya dari segi keselamatan menerusi Polis Diraja Malaysia, Pendaftar Pertubuhan (Ros), kawalan bahan penerbitan menerusi Akta Percetakan dan Penerbitan, pengeluaran cakera padat (CD) dan Cakera Padat Digital (DVD) menerusi Lembaga Penapisan Filem sementara kemasukan pihak luar menerusi Jabatan Imigresen," katanya.
Daripada aspek akidah pula, Abdul Rahim berkata ia di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), media sosial (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), hubungan luar (Kementerian Luar) dan institusi pengajian tinggi (Kementerian Pendidikan).
Berhubung tangkapan, beliau berkata dua tangkapan pernah dibuat sebelum ini iaitu pada 1996 di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan pada 2012 oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Dalam tangkapan oleh Jais itu seramai 200 pengikut ditahan, namun dibebaskan apabila terdapat masalah teknikal dari segi perundangan ketika pendakwaan dijalankan," katanya.
Mengenai tindakan mengharamkan buku dan bahan penerbitan pula, katanya setakat ini sepuluh judul buku telah diharamkan antaranya Pengantar Ilmu-Ilmu Islam, Dialog Sunnah Syiah dan Tafsir Sufi Al Fatihah Mukadimah yang didapati mengandungi bahan-bahan bercanggah dengan ajaran dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Buku Tokoh-Tokoh Terkemuka Ahlul Bait Nabi (Jilid tiga dan Jilid empat) yang antara kandungannya mendakwa Saidina sebagai penerus syariah selepas wafat Rasulullah yang berhubung dengan konsep Imamiah dalam fahaman Syiah.
Ditanya sama ada kumpulan itu dipergunakan sesetengah pihak untuk mewujudkan keadaan tidak tenang, beliau tidak menolak kemungkinan tersebut kerana sudah menjadi satu kelaziman bila sesuatu isu atau masalah berlaku ada pihak yang cuba 'menangguk di air keruh' atau mengambil kesempatan.
Namun, katanya KDN senantiasa memantau keadaan termasuk kemungkinan terdapat pengikut kumpulan tersebut yang terbabit dengan kegiatan militan.
Mengenai status warta mengenai ajaran Syiah dan Pengharaman (Enakmen Anti-Syariah) di negeri-negeri, beliau berkata setakat ini 10 negeri telah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
- Bernama

WAJAH PEMIMPIN SYIAH DI MALAYSIA :

PENGASAS SYIAH MALAYSIA

PENGASAS SYIAH MALAYSIA
KETUA SYIAH MALAYSIA ( MOHD KAMIL ZUKAIRI ABD AZIZ )
KETUA PEMUDA SYIAH MALAYSIA ( KHALID ISMATH )
KETUA SYIAH PERLIS / PENGERUSI PKR

KETUA SYIAH KEDAH / PENASIHAT SYIAH MALAYSIA

PENGARAH KOLEJ KOMUNITI KUIN

PKR VIA SYIAH

PAS VIA SYIAH

******************************************************************************************
PENDEDAHAN EXCLUSIVE
*******************************************************************************************
CERAMAH HAJI HADI : PENERIMAAN SYIAH DALAM PAS
Bukan lagi satu rahsia bahawa Syiah memilih untuk bersarang melalui
PAS dan PKR.Semua orang tahu bahawa penganut Syiah memang ramai di dalam parti
PAS dan PKR yang kini dikenali sebagai PAKATAN RAKYAT.
Malah,orang-orang PAS sendiri telah beberapa kali mendedah dan menegur kepimpinan berkenaan hal ini.Namun,entah kenapa kepimpinan PAS hanya berpura-pura tidak mendengar dan tidak sedar akan kewujudan Syiah di dalam kelompok mereka.

Amaran-amaran yang dikeluarkan terhadap Syiah oleh pemimpin PAS dilihat sebagai retorik dan lakonan semata-mata.akhbar Sinar Harian pula mendedahkan bahawa terdapat wakil rakyat Syiah,tanpa menyebut dari parti mana.Kenyataan ini memberi gambaran bahawa Syiah mungkin turut wujud di dalam UMNO.
Justeru,saya mendesak agar Prof. Dr. Mohd Kamil Abd Majid yang mendedahkan hal ini agar lebih bertanggungjawab dengan menyatakannya secara spesifik.
Ini kerana kenyataannya itu secara tak langsung menggambarkan bahawa beliau sememangnya tahu siapakah wakil rakyat Syiah tersebut dan jika beliau mengetahuinya, beliau wajib mendedahkannya.Tidak kira sama ada fahaman wakil rakyat itu mewakili parti atau tidak,beliau wajib didedahkan kerana Syiah telah diwartakan sebagai salah dari segi undang-undang Malaysia.
VIDEO : SYIAH VIA PAS
Apatah lagi jika wakil rakyat tersebut mewakili parti PAS yang membawa nama ‘Islam’.Ini kerana beberapa pecahan ajaran Syiah telah disahkan sebagai sesat dan bukan lagi Islam.Justeru,rakyat wajib tahu dari ajaran Syiah manakah wakil rakyat tersebut.Malah,jika pemimpin PAS ikhlas menentang Syiah,mereka juga tentu ingin tahu siapakah gerangannya.
Kata tidak boleh menyalahkan sesiapa jika rakyat menuduh wakil rakyat yang dimaksudkan oleh Prof. Mohd Kamil itu adalah dari parti PAS.Kita semua sedia maklum bahawa biarpun para penyokong PAS begitu giat membela rakyat Syria yang dibunuh kejam oleh puak Syiah pada ketika ini, namun hakikatnya pemimpin mereka sendiri telah lama menyokong Syiah dan menyanjung Imam Besar Khomeini.
Mengimbas kembali laporan akhbar-akhbar Harakah pada tahun 1980-an,anda
akan mendapati bahawa parti itu sememangnya menyanjung kalau pun tidak
memuja Imam Besar Syiah iaitu Ayatollah Khomeini.
Apabila Khomeini meninggal dunia,akhbar Harakah mengeluarkan kenyataan Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat yang berkata ‘Pemergian Khomeini Satu Kehilangan Besar Kepada Ummah’.PAS pada ketika itu menjadikan Iran sebagai model Negara Islam kerana terlalu mengagungkan Khomeini.
Revolusi Iran yang menyaksikan kejatuhan Shah Reza Pahlavi dijadikan inspirasi oleh PAS dan dirujuk sebagai ‘kemenangan Islam’ dalam menentang sekular.Iran di bawah Khomeini pantas mengenakan kod pakaian terhadap wanita serta menutup beberapa syarikat akhbar.Tindakan Khomeini membuatkan PAS begitu teruja.
Seperti kebanyakan pemerintah Arab lain,kerajaan Khomeini juga menghukum sesiapa sahaja yang menentang mereka dengan kejam,termasuk melakukan pembunuhan beramai-ramai atas alasan menentang pemerintahan Islam.
Pendekatan Khomeini ini tentunya bertentangan dengan PAS hari ini yang beria-ia mendesak penghapusan Akta ISA kerana tidak memberi peluang bagi pesalah membela diri.
Satu perkara yang menarik mengenai Khomeini ialah beliau membenarkan pertukaran jantina bagi mereka yang mengalami kelainan hormon.Pada tahun 1979,mereka yang terlibat dibolehkan melalui rawatan dan mendapatkan identiti baru.Maka,tidak hairanlah apabila Syiah semakin teruja dengan PAS apabila parti itu bersekongkol dengan PKR yang turut memperjuangkan hak LGBT.PAS cuba menepis bahawa parti itu menyokong atau ‘mesra’ Syiah.Alasan mereka,Syiah di zaman Khomeini adalah berbeza dengan Syiah yang membunuh Ahli Sunnah di Syria.
Benar,Syiah di zaman Khomeini tidak membunuh Ahli Sunnah dengan kejam,namun itu tidak bermakna fahaman mereka benar.Buku tulisan Khomeini bertajuk Kashaful Asrar membuktikan bagaimana beliau telah memfitnah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dengan merujuk kepada mereka sebagai menentang AlQuran dan sebagainya.
Khomeini juga dilaporkan telah melakukan mut’ah dengan anak-anak kecil dan memfatwakannya sebagai harus.Walaupun kepercayaan yang dipegang oleh Khomeini ini sudah menjadi pengetahuan umum, namun PAS nampaknya tidak ada masalah untuk menyanjung Khomeini.Malah, sehingga ke hari ini, masih ada pemimpin PAS yang merujuk kepada Khomeini sebagai tokoh Islam yang ulung.
Berdasarkan hakikat ini,anda tidak wajar memandang ringan akan isu wakil rakyat Syiah malah wajib membongkar dan mendesak beliau dan partinya menyatakan pegangan mereka mengenai hukum-hukum Syiah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah dan juga AlQuran.Jika alasannya bahawa Syiah dahulu dan sekarang telah berubah, maka kita juga wajar mengambilkira akan perubahan yang berlaku.Hakikatnya,
PAS juga telah berubah dari sebuah parti konservatif menjadi parti yang cacamarba dan separa liberal serta ‘mesra’ pluralisme.Oleh kerana kedua-dua Syiah dan PAS telah mengalami perubahan,maka PAS wajib membuat kenyataan yang jelas terhadap pegangan dan fahaman parti itu mengenai Syiah dan pendekatannya terhadap pemimpin atau wakil rakyat yang menganut ajaran Syiah.PAS tidak boleh terus berdiam diri dan berpura-pura tidak terlibat dengan Syiah.
Keratan-keratan akhbar lama sudah cukup untuk membuktikan kaitan PAS dengan Syiah.Sikap membisu PAS hanya akan mengembangkan lagi ajaran Syiah.Oleh itu,apakah jaminan Syiah yang diternak PAS ini tidak akan bangun menentang dan membunuh Ahli Sunnah pada suatu hari nanti ???
DEDAH :GAMBARAN PAS KELANTAN
*****************************************************************
ANASIR SYIAH DI MALAYSIA
*********************************************************************************************
Perkembangan Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Ini adalah kerana
mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh, rangkaian antarabangsa
serta mendapat sokongan dan pembelaan daripada badan bukan kerajaan
(NGO) dan parti politik tempatan.
Dari segi kewangan, mereka berjaya membina pelbagai jenis perniagaan
dengan rangkaian yang banyak dan besar. Mereka mempunyai perniagaan
strategik dengan memiliki restoran dan menjadi pengeluar serta pengedar
barangan makanan dan minuman serta produk kesihatan. Jenis perniagaan
ini berkaitan dengan orang ramai secara langsung. Ini adalah mekanisme
yang baik untuk menyebarluaskan dakyah mereka.
Dalam suatu perhimpunan Bersih, mereka pernah mengagihkan air mineral
keluaran mereka secara percuma kepada para demonstran. Mereka juga
mempunyai rangkaian pendidikan dan tadika yang banyak serta pusat-pusat
penyebaran ajaran mereka dengan pelbagai nama di pelbagai tempat.
Mengenai rangkaian antarabangsa pula, mereka mempunyai hubungan yang
sangat rapat dengan Syiah di Iran. Syiah Iran membantu mereka membina
rangkaian perniagaan dan membekalkan literatur serta pendakyah di sini.
Dari segi politik pula mereka mempunyai hubungan erat dengan sebuah
parti politik Syiah terbesar di Lebanon yang radikal.
Sementara itu dalam negara ini pula, mereka mendapat sokongan,
pembelaan dan perlindungan daripada beberapa NGO Islam serta parti
politik.
Ini ditambah pula dengan kedatangan mulah-mulah Syiah bertali arus
dijemput menghadiri wacana-wacana dan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan
kumpulan mereka, selain daripada kebanjiran pelajar-pelajar Syiah di
pusat-pusat pengajian tinggi.
Perlu kita fahami, Syiah seperti juga gerakan Zionis-Kristian,
berusaha menguasai parti politik dan NGO Islam yang berpengaruh. Mereka
pandai menyusun strategi dengan menjadikan aktivis ini sebagai anak
catur mereka dalam rangka menguasai organisasi tersebut.
Strategi ini agak menjadi, walaupun belum berjaya sepenuhnya. Pada
suatu ketika, mereka berjaya menguasai sebuah persatuan ulama di
Malaysia. Dan kini mereka berjaya meletakkan orang mereka dalam sebuah
parti politik sehingga memegang jawatan penting.
Kepada pengagum dan pengusung Syiah dan Khomeini di Malaysia, mereka
perlu tahu sikap sebenar beliau kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Khomeini
telah mengkhianati Mufti Ahmad Zadeh, rakan seperjuangannya semasa
menjatuhkan Shah Iran dahulu. Selepas berjaya menjatuhkannya, Shah telah
dipenjara oleh Khomeini. Beliau jatuh sakit di dalam penjara tanpa
rawatan secukupnya.
Apabila kesihatan beliau semakin teruk, beliau dipindah dari penjara
besi ke penjara rumah pula dan tidak dibenarkan berubat ke luar negara.
Kenapa? Kerana Mufti Zadeh seorang Sunni! Banyak juga imam masjid dan
pendakwah Islam Sunni terpaksa lari ke Pakistan semasa pemerintahan
Khomeini.
PEMBUKAAN MARKAS DI KELANG, SELANGOR
PERTANDINGAN NASYID ALA - SYIAH DI KEDAH
ECPI PRODUK SYIAH
RITUAL SYIAH DI MARKAS SYIAH , GOMBAK
KES LIWAT
Mungkin Video Ahli Syiah Mencium Mulut Khatib Selesai Khutbah ini
boleh membuka luas mata kita untuk menilai apakah ajaran sebegini yang
mencium mulut Khatib sebaik sahaja selesai berkhutbah.

Video ini telah berlaku dan dirakam di salah sebuah Masjid di
Pendang, Kedah dan Pendang merupakan pusat Syiah terbesar di Kedah dan
tempat untuk mendedahkan ajaran Syiah kepada ahli-ahli baru.
Video yang berdurasi 2 minit 3 saat ini juga memaparkan jemaah iaitu
ahli-ahli Syiah menerpa kepada Khatib yang membaca Khutbah, beberapa
orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang
menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium mulut khatib tersebut
setelah selesai membaca khutbah.
Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan atas kelakuan yang
biadap ini. Sebarkan supaya mata yang bertanggungjawab terbuka luas.
Video Ahli Syiah Mencium Mulut Khatib Selesai Khutbah
SERBUAN OLEH PIHAK JAIS
No comments:
Post a Comment