IMAM MAHADI




 

Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.







Dalam ajaran Islam, Imam Mahdi (b. Arab: المهدي al-Mahdī) ialah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat.

Hal ini diterangkan sangat jelas dalam sebuah hadis nabi yang di riwayatkan oleh Thabrani.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah s.w.t. akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapaku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezhaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahun, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
Hadis lain yang menerangkan tentang kedatangan Imam Mahdi adalah sbb:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya. Dan ia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.” (HR. Muslim dan Ahmad)




Lelaki bercahaya dalam masjid NABAWI, MADINAH

Pada dasarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menolak kemunculan Imam Mahdi, tetapi ia bukanlah Muhammad bin Hassan al-Askari sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu. malah apa yang jelas melalui hadith nabi s.a.w ialah Imam Mahdi dalah daripada keturunan Rasulullah. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w yang bermaksud:

“Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Imam Mahdi daripada keturunanku daripada anak Fatimah”

(Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan al-Hakim)

Sabda baginda lagi yang bermaksud,

“Daripada Abu Said r.a. katanya, Rasulullah bersabda: Imam Mahdi dari keturunanku, luas dahinya, tinggi hidungnya. Ia memerintah bumi dengan penuh keadilan. Ia memerintah selama 7 tahun”.

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

“Daripada Abdullah bin Mas’ud, daripada Nabi s.a.w sabdanya: Allah akan mengutus seorang lelaki daripada keturunanku di dunia ini atau daripada Ahli Baitku yang namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Ia akan memerintah di dunia ini dengan penuh keadilan sebagaimana sebelum ini dipenuhi kezaliman.

(Riwayat al-Tirmidhi)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Mahdi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung, ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan. Ia memerintah bumi selama tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Kepercayaan kepada Imam Mahadi tidak termasuk dalam asas rukun iman, sedangkan dalam akidah Syiah ianya merupakan asas utama rukun iman mereka. Dengan ini bererti orang yang mengingkari Imam Mahdi tidak dianggap kafir, tetapi dalam fahaman Syiah adalah sebaliknya. 

Jelas daripada hadith di atas, bahawa Imam Mahdi akan memerintah bumi dengan penuh keadilan dan kejujuran dan bukannya dengan dendam menghukum orang-orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang didakwa oleh golongan Syiah itu.




Tentera Panji Hitam Dari Timur


Kerajaan Islam di akhir zaman Panji-panji Hitam Dari Timur sebenarnya bukanlah sebuah kerajaan tetapi gabungan semua mujahideen sebelah Timur. Bukankah terdapat hadis yang mengatakan bahawa tiada satu pun kawasan yang tidak di injak-injak oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.

Fahami betul-betul maksudnya. Tiada satu pun kerajaan Islam yang bertahan kecuali Arab Saudi, itu pun hanya Makkah dan Madinah sahaja manakala kawasan yang lain semua dijajah (dipengaruhi). Tiada lagi tentera Malaysia, Indonesia, Syria, Turki, Iran, Pakistan dan lain-lain negara Islam. Semuanya musnah. Ketika itu, umat Islam akan berperang ala-ala gerila sahaja yang kemudiannya akan disatukan menjadi ketumbukan tentera oleh Imam Mahdi.

Tentera Mahdi

Satu lagi hadis jika kamu melihat Panji Hitam, hendaklah pergi ke arahnya walau terpaksa merangkak di atas salji. Istilah yang digunakan ‘merangkak’ bukan ‘berjalan’. Bukankah kawasan sebelah Timur dipisahkan dengan Tanah Arab (Timur Tengah) oleh gunung-ganang yang bersalji yang perlu didaki dengan merangkak? Tentera Panji Hitam Dari Timur adalah semua pejuang Islam sebelah Timur yang tahu dan peduli dengan hadis berkenaan Panji Hitam Ufuk Timur.

Saya berpendapat bahawa Khurasan itu adalah cuma sekadar sebuah tempat ‘berkumpul’ bagi semua pejuang yang tahu dan peduli dgn hadith berkenaan Tentera Panji Hitam Dari Timur. Ia tidak merujuk pada mana-mana bangsa atau kaum. Ia (Panji Hitam Ufuk Timur) adalah sebuah gabungan orang Afganistan, Pakistan, China malah juga bakal disertai oleh orang Melayu kelak.

Cuba anda lihat pada Google Maps. Daerah Khurasan adalah sebuah kawasan pergunungan yang bersambung hingga ke banjaran Titiwangsa (Malaysia). Saya percaya bahawa, akan berlaku huru-hara di kemudian hari dan semua umat Islam yang beriman yang terdiri daripada pelbagai kaum dan dari pelbagai negara akan menuju ke Khurasan (Afganistan) bergerak (berjalan) melalui kawasan pergunungan ini.

Imam Mahdi akan memimpin gabungan mujahideen ini keluar dari pergunungan Khurasan menuju ke Masjid al Aqsa, di Palestin. (setelah menawan beberapa kawasan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran)

Pada pandangan saya, Dajjal ialah imam ke-12 (imam mahdi Syiah). Cuba perhatikan ciri-ciri Imam ke-12 Syiah ini dengan Dajjal. Lagi pula, sunnah Rasulullah SAW supaya membela janggut dan mencukur misai. Cuba lihat pada lakaran Imam ke-12 Syiah dan lakaran Nabi Isa as yang dicipta oleh penganut Kristian. Ia berjanggut dan bermisai dengan raut wajah kedua-dua lakaran hampir sama. Imam Mahdi tentunya mengikut sunnah iaitu berjanggut tetapi tidak bermisai. Pelik. Siapakah yang mencurahkan idea lakaran ini sebenarnya? Saya percaya lakaran ini adalah rupa Dajjal nanti, hanya mata sebelahnya buta sesuai dengan hadith.

As Sufyani yakni tentera yang mengejar (menentang) Imam Mahdi pula adalah tentera Syiah iaitu Syria. Saya juga berpendapat bahawa akan berlaku satu konflik yang besar antara Sunni dan Syiah yang membuatkan Imam Mahdi tergerak hati untuk bertindak lalu menuju ke Makkah. [komen 592]

Begitulah hujah DNP yang kemudiannya disokong oleh seorang lagi pemberi komen. Antara petikannya :

Benar, yang memisahkan Timur Tengah dan Nusantara adalah Pusaran Pamir yang membentuk banjaran-banjaran dan pergunungan di Tibet, China, India, Afghanistan, Russia, Pakistan manakala Banjaran Titiwangsa terbentuk lebih kurang 350 juta tahun dahulu. Berdasarkan kenyataan oleh ahli geologi, dimana banjaran Titiwangsa adalah hasil dari pembentukan Gunung Lipat Tua, jauh lebih tua dari Banjaran Alps, Banjaran Andes yang terbentuk kira-kira 25 juta tahun dahulu.

Dan apabila Rasulullah SAW menyeru akan setiap manusia supaya mendapatkan Tentera Panji Hitam Dari Timur dari Khurasan itu untuk berbai’ah walaupun terpaksa merangkak diatas salji, menandakan seruan itu adalah untuk seluruh mukmin didunia. Ia juga menandakan bahawa masih terdapat mukmin yang tinggal terpisah dari pergunungan Khurasan itu.

Maka apa yang perlu kita lakukan adalah bergabung dgn mereka lalu membentuk ketumbukan pasukan Khalifah Islam yang lebih luas dibawah pimpinan Imam Mahdi. Tentang mengapa Khurasan menjadi ‘pusat’ (pertemuan) adalah kerana umat Islam di sana masih kuat mengamalkan sunnah dan Allah mengekalkan populasi mereka sehingga keakhir zaman (meskipun dilanda peperangan) sebagai barisan hadapan dan seluruh dunia Islam akan bergabung bersama mereka. Memandangkan Nusantara adalah kawasan yang hampir dengan mereka (Timur Tengah), maka kita berpeluang untuk tiba lebih awal. [komen 595]

Komen DNP yang lain boleh disemak pada komen ke 599, 601 dan 640. Saya akhiri artikel kali ini dengan petikan daripada Syeikh Siddiq Hassan Al-Qanuji yang berkata ;
Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir.”

No comments:

Post a Comment