APA ITU SYIAH ?






CERAMAH : SYIAH SATU AGAMA BUKAN SATU MAZHAB

***************************************************************************************

SYIAH SATU AGAMA BARU

 ******************************************************************************************************



SEMEMANGNYA telah terkenal di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa syiah adalah ajaran sesat dan menyimpang dari Islam. Syiah adalah agama yang telah masyhur sikap mereka yang suka berdusta di atas nama Nabi SAW untuk menyebarkan ajaran mereka ini. Bahkan mereka mendakwa bahawa malaikat Jibril tersalah menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad sepatutnya diutus kepada Saidina Ali RA.



 
 CERAMAH : APAKAH ITU SYIAH ?

Syiah diasaskan oleh Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’a, Yaman. Dia datang ke Madinah semasa zaman Saidina Uthman RA dengan berpura-pura memeluk Islam (munafik) dan berlagak alim untuk menyebarkan dakwah bahawa Ali RA adalah pengganti Nabi SAW manakala Khalifah sebelumnya merampas kuasa dari Ali dan Ahlul Bait.
Syiah memang terkenal juga di kalangan ulamanya yang suka membuat fahaman akidah yang sesat dan sesuatu amalan yang menyimpang dari agama seperti beriktikad bahawa para sahabat Nabi semuanya telah murtad setelah kewafatan Nabi SAW kecuali beberapa orang seperti Ali , Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan beberapa orang sahaja yang tidak murtad. Bahkan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Islam turut dikafirkan oleh ulama mereka. Mereka juga mengatakan Aisyah, isteri Nabi SAW telah berzina dan seorang pelacur. Hal inilah yang diajarkan Syiah kepada pengikutnya.
Ulama Syiah juga menghalalkan liwat kepada isteri, sedangkan liwat ini diharamkan oleh Nabi SAW kepada kita dan mereka beriktikad (beriman) bahawa tiada kefarduan solat Jumaat.

Di antara ulama-ulama Syiah yang terkenal kekufuran antaranya ialah al-Kulaini, Saad bin Abdullah al-Qummi, An-Naubakhti, Abdullah an-Nasyi al-Akbar, Abdullah al-Mamaqani, Muhammad Husin al-Zain, dan yang terkini seperti Khomeini, Ali Khamenei, Hasan Nasrullah dan Yasser al-Habib.

Di kalangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, Syeikhul Islam Ibnu taimiyah dan begitu ramai lagi dikalangan ulama salafi mereka mengkafirkan tokoh-tokoh Syiah yang berada di zaman mereka yang mana ia lebih dikenali sebagai Syiah Rafidhah. Seperti perkataan Imam Syafie, “Aku belum tahu ada yang melebihi Syiah Rafidhah dalam persaksian palsu”. (mizanul I’tidal 2/27-28, Karya Imam az-Zahabi)

Mereka dikafirkan bukan kerana berbeza dengan Ahli Sunnah dalam hal fiqh(furu’) tetapi mereka berbeza dengan kita dalam hal usul aqidah. Antara lain lain dakwaan mereka bahawa al-Quran yang ada di sisi kita (Ahli Sunnah) pada hari ini sebenarnya palsu dan telah diselewengkan manakala al-Quran yang benar adalah di sisi mereka yang dikenali sebagai “mushaf Fatimah” di mana kandungannya tiga kali ganda daripada al-Quran kita. Perkara ini boleh dilihat di dalam kitab terkenal mereka iaitu Usul al-Kaafi yang ditulis oleh al-Kulaini.


Mereka mendustakan al-Quran yang ada di sisi kita kerana mereka beriman bahawa para periwayat-periwayat hadis di kalangan sahabat Nabi seperti Abu Hurairah dan Amru bin Ash sebagai pembohong dan pendusta lagi kafir, mereka hanya beriman dengan periwayat hadis di kalangan pengikut mereka sahaja dan Kitab Usul al-Kaafi ini adalah antara rujukan terbesar golongan Syiah dalam mengatakan bahawa yang benar wahyu Allah adalah apa yang terkandung dalam ‘mushaf Fatimah’.

Di antara dua perkara yang menjadi kelaziman ulama Syiah dan penganutnya ialah Taqiyah (Hipokritikal) dan Mutah. Taqiyah bermaksud satu ucapan atau perbuatan yang anda lakukan tidak sesuai dengan keyakinan, untuk menghindari bahaya yang mengancam jiwa, harta untuk menjaga kehormatan anda.


Mesejnya apabila berhadapan dengan ahli Sunnah maka perlu berpura-pura seperti berakidah dengan ahli sunnah supaya dapat berbaik-baik dengan ahli sunnah dan apabila mempunyai peluang mereka akan menyebarkan ajaran syiah mereka ini.

Seperti kata al-Kulaini dalam kitabnya ”Jagalah Agama Kalian(Syiah), tutupilah dengan Taqiyah, tidak dianggap beriman seseorang sebelum ia bertaqiyah”. Hal ini menunjukkan bahawa Taqiyah atau sifat munafik ini adalah tanda-tanda orang yang beriman. Nauzubillah.

Sementara itu, Mut’ah pula adalah penzinaan yang diberikan nama nikah bagi mengaburi masyarakat awam yang jahil dalam hal ini. Mut’ah adalah pernikahan kontrak tertentu sama ada mengikut hari, bulan, tahun atau beberapa jam sahaja tanpa saksi, wali dan nafkah cuma beberapa bayaran.

Pernikahan ini di sisi Islam adalah haram dan berdosa besar manakala di sisi Syiah ia adalah pernikahan yang mulia dan anak yang lahir daripada mut’ah adalah anak yang paling mulia. Bahkan agama Syiah ini tidak membataskan berapa orang wanita atau lelaki yang nak di Mut’ah kan dihalalkan walaupun dengan 1,000 orang dan walaupun ia isteri seseorang. Penzinaan Mut’ah inilah yang menjadikan kenapa ramai yang terpengaruh dengan agama Syiah ini kerana dalam agama Syiah ini ada kelazatan zina yang telah di’agama’kan dengan diberikan nama nikah Mut’ah .

Syiah juga terkenal dengan amalan perayaan dan ritual mereka yang bid’ah lagi sesat seperti merayakan hari Asyura 10 Muharam dengan mengingati hari terbunuhnya Saidina Husin cucu Rasulullah SAW dengan mencederakan diri dengan menumbuk dada, menampar pipi dan memukul-mukul belakang badan sehingga berdarah sebagai lambang ketaatan mereka pada agama mereka.

Pada hari ini juga mereka memakai pakaian hitam dan berdemonstrasi di jalanan tanda berkabung dengan kesedihan atas terbunuhnya Saidina Husin dengan menyebut ya husin! Ya Husin!. Sedangkan kita mengetahui bahawa mencederakan diri dan meratap ini adalah amalan yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

Seperti kata Nabi SAW yang bermaksud; 

Tidak termasuk golongan kami orang yang menampar-nampar pipi, mengoyak pakaian dan berteriak seperti teriakan jahiliyah kerana meratapi“. 

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Mereka juga merayakan 9 Rabiul Awwal sebagai mengingati hari kematian saidina Umar RA. pada hari ini mereka bergembira dengan nyanyian dan tarian bagi mengingati hari terbunuhnya Saidina Umar yang ditikam oleh seorang Majusi yang bernama Abu Lu’luah. Ketika merayakan hari ini mereka menyebut laknat si Umar! Dan memuja si kafir Abu lu’luah yang menikam Umar R.A.

Untuk kita menangkis tohmahan dan ajaran Syiah ini daripada tersebar ada beberapa cara seperti bantah mereka dengan menegakkan hujah secara ilmiah dengan membongkar segala pembohongan dan kepalsuan yang ada pada kita-kitab rujukan Syiah disampingkan kita bentangkan pandangan ulama Ahli Sunnah wal Jamaah di kalangan Imam empat mazhab yang sepakat mengatakan syiah bukan dari Islam.

***************************************************************************************

AKIDAH DAN SYARIAT SYIAH

****************************************************************************************


Tulisan ini akan menerangkan beberapa pokok ajaran Syiah yang menyalahi ajaran kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya ialah:

1. Al-Quran

Agama Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang lengkap lagi autentik. Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah. Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi Syiah seperti yang terdapat di dalam Usul al-Kafi iaitu sebuah koleksi Hadis menurut epistemologi mereka, al-Quran mereka itu, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah dinamakan Mushaf Fatimah.
Mushaf inilah yang diterima sebagai paling benar lagi autentik. Menurut mereka, Mushaf Uthman hanya mengandungi sekitar satu pertiga sahaja dari mushaf yang lengkap. Dua pertiga lagi berada di dalam Mushaf Fatimah. Khumayni dalam Wasiyat-nya menyebut dengan terang mengenai Mushaf Fatimah ini dan berkata mereka mendapat penghormatan dengannya.

Beliau menyeru supaya Imam Mahdi mereka, iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari segera keluar dari lubang penyembunyiannya di Iraq dan membawa keluar bersamanya Quran Mashaf Fatimah ini. Tetapi untuk menjaga maslahah di depan orang Islam, mereka beramal dengan doktrin taqiyyah yakni berpura-pura menerima al-Quran yang ada di tangan kita.

Cuba kita bayangkan, jika ada penganut agama Buddha atau Hindu membuat dakwaan yang al-Quran Mushaf Uthman tidak autentik, apa akan terjadi?

Sementara itu, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran pula, tafsiran mereka berlainan dengan kita, terutama ayat yang di dalamnya ada perkataan imam. Mereka memaknakannya sebagai Sayyidina 'Ali r.a, seperti dalam Surah al-Sajdah: 24; waja‘aln’ minhum aimmatan yahd’na biamrin’ lamm’ obar’. Dan perkataan n’r dalam Surah al-Taghabun:8, fa’min’ bill’ hi wa ras’lihi wa‘n-n’rillaz’ anzaln’, diertikan oleh mereka sebagai imam-imam mereka.

2. Al-Hadis

Dalam epistemologi Ahli Sunnah wal Jamaah, Hadis ialah merangkumi perkataan, perbuatan dan ehwal Rasulullah SAW. Kemudiannya, Hadis-hadis ini disampaikan oleh generasi Sahabat kepada generasi berikutnya secara mantap dan tidak putus sanadnya sehinggalah disusun menjadi koleksi dalam sebuah buku oleh para perawi kemudian seperti perawi yang Enam, Ahmad, Imam Malik, Ibn Sunniy, as-Syafi‘i dan lain-lain.

Akan tetapi bagi Syiah, Hadis dalam epistemologi mereka ialah sesuatu yang diucapkan oleh para Imam mereka sahaja dan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam ajaran mereka, para imam mereka itu menerima ilmu terus daripada Nabi SAW, walau pun semasa ketiadaan Baginda SAW, dan lagi pun, dalam ajaran mereka, Imam-imam mereka adalah maksum yakni bebas daripada kesalahan.

Dalam epistemologi Sunni, konsep seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai Hadis atau kalau mahu juga hendak dikatakan Hadis, ia tergolong sebagai Hadis munkar atau pun Hadis palsu.

Syiah menolak dan tidak menerima Hadis Nabi yang disampaikan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a, kerana menurut akidah mereka, semua Sahabat Nabi SAW telah murtad setelah wafatnya Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja.

3. Mengkafirkan Sahabat Radiyallahu 'Anhum

Dalam agama Syiah, terdapat satu konsep dan doktrin bernama al-bara‘ah atau tabarra. Doktrin ini bermaksud, mengutuk, mencaci bahkan memutus hubungan kasih sayang dengan semua Sahabat. Mereka ini buta sejarah. Bukankah Saidina Ali sendiri mengahwinkan anaknya dengan Saidina Umar r.a?

Menurut mereka semua Sahabat menjadi murtad dan kafir selepas wafat Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja seperti Ali, Miqdad, Abu Dzar, Salman dan beberapa yang lain. Mereka juga beriman dan percaya yang para Sahabat bersepakat menyembunyikan wahyu dan mengkhianati wasiat Rasulullah SAW dalam hal imamah dan pelantikan Saidina Ali r.a sebagai khalifah.

Dan mereka menuduh Sahabat tidak amanah kerana mengurangkan ayat al-Quran sebanyak dua pertiga daripada wahyu asal, yang demikian hilanglah ayat-ayat yang berkaitan dengan imamah 'Ali r‘a. Justeru, semua Sahabat itu dalam Iktiqad Syiah telah menjadi kafir. La hawla wala quwata illa billah.

Dalam kaitan dengan doktrin tabarra ini, mereka senantiasa berdoa mengutuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiyallahu 'Anhuma yang disifatkan mereka sebagai ‘dua berhala Quraisy’.

Khumayni telah mengkafirkan Saidina Umar al-Khattab r.a dan mengatakan Saidina Abu Bakar r.a pula, seorang manusia yang jahil agama.

Berdasarkan kepada Hadis di awal tulisan ini, bahawa golongan yang berjaya daripada neraka ialah orang yang mengikuti ajaran Rasul dan Sahabat Baginda. Bagaimana seseorang atau sesuatu golongan boleh berjaya dan selamat daripada api neraka, sedangkan mereka enggan mengikut perjalanan Sahabat tersebut bahkan mengkafirkan mereka.

4. Ummahatul Mukminin

Seperti para Sahabat, Syiah juga langsung tidak menghormati Ummahatul Mukminin pada hal mereka itu semua adalah isteri-isteri Baginda yang tercinta. Syiah melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan palsu, jijik dan jahat kepada Ummahatul Mukminin Saidatuna Aishah r.ah, bahkan dalam iktiqad raj’ah mereka, beliau r.ah akan dihukum oleh para Imam Syiah menjelang kiamat kerana berkhianat dan menganiayai puak Syiah seperti dalam kes Peperangan Jamal. Atas dasar ini juga Syiah bukan daripada golongan Islam.

5. Raj‘ah

Syiah beriktikad bahawa para Imam mereka akan hidup semula di akhir zaman untuk menghukum para Sahabat dan Isteri Nabi SAW yang mereka tuduh bersekongkol merampas hak Saidina Ali sebagai khalifah. Termasuk yang akan dihukum dalam akidah mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, Aishah r.a dan lain-lain. Demikian khurafat mereka.

6.Konsep Imamah

Dalam ‘akidah Syiah, Imamah atau Walayah atau kepimpinan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Khumayni berkata dalam buku beliau, al-Hukumah al-Islamiyyah, muka surat 18, bahawa Nabi perlu menentukan seorang pengganti Baginda dan Baginda telah pun berbuat demikian, yakni melantik Ali r.a. Jika Baginda tidak berbuat demikian, bermakna Baginda tidak menyampaikan Risalahnya ( ms 19 ). Oleh sebab itu, Imamah ini termasuk ke dalam Rukun Iman Syi‘ah. Sesiapa yang tidak percaya kepada doktrin dan konsep Imamah ini, menurut Syiah, ia bukanlah seorang Islam dan layak dihumban ke dalam neraka.

Dalam buku al-Hukumah al-Islamiyyah itu lagi, pada muka surat 52, beliau menyifatkan Imam-Imam mereka mempunyai kedudukan yang amat tinggi di sisi Allah SWT, sehingga tidak tercapai oleh para Malaikat muqarrabin dan juga Nabi-Nabi yang diutus. Dalam membincangkan hal kepimpinan selepas Rasulullah SAW pula, dia langsung tidak menyentuh kepimpinan tiga khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman radiyallahu ‘anhum dan terus melompat kepada Sayyidina Ali r.a. Ini adalah kerana dalam ‘akidah Syiah, mereka tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah sebelum Ali r‘a bahkan disifatkan tiga khalifah yang mulia itu, adalah perampas hak khalifah Ali r.a.

Mereka juga beriktikad bahawa semua Imam mereka adalah maksum. Khumayni berkata, bahawa Imam-Imam mereka tidak bersifat lupa dan lalai (ms 91) bahkan ajaran mereka itu, sama seperti ajaran al-Quran yakni wajib dipatuhi hingga Hari Qiamat (ms 113).

7. ‘Ismah

Konsep imamah berkaitan rapat dengan doktrin ‘ismah. 'Ismah bermaksud semua imam mereka adalah manusia maksum yakni tidak melakukan dosa, baik dosa besar mahu pun dosa kecil, bahkan dalam segala perlakuan mereka, imam-imam mereka itu tidak tersalah dan tersilap sedikit pun. Sebab itu imam-imam mereka boleh membuat hukum, yakni boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu hukum Syara’. Ini bercanggah daengan 'Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa yang maksum hanya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sahaja.
 
8.Ghaybah dan Menunggu Imam Mahdi

Syiah percaya bahawa Imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al-'Askari telah ghaib. Dalam akidah Syiah, ia dianggap sebagai ghaybat al-sughra atau kehilangan kecil. Dia ini membawa bersamanya Mushaf Fatimah. Semasa ghaybat al-sughra ini - dalam khurafat mereka - pemimpin semasa Syiah masih boleh berhubung dengannya, bertanya pelbagai masalah dan jawapannya itu akan disebarkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Beliau yang dikatakan ghaib kira-kira seribu tahun dahulu itu, masih hidup hingga sekarang dan akan datang semula ke dunia ini di akhir zaman, membawa bersamanya Mushaf Fatimah itu, untuk menyelamatkan dunia ini. Masa antara ghaybat al-sughra dengan kemunculan semula Imam Mahdi mereka itu, disebut sebagai ghaybat al-Kubra atau kehilangan besar. Sebab itu dalam wasiatnya, Khumayni berkata adalah suatu penghormatan kepada mereka kerana mereka mempunyai Mahdi jenis ini dan dia berdoa supaya Mahdi itu segera keluar dari lubang persembunyiannya. Semasa ketiadaan imam, maka yang ada ialah naib imam. Khumayni adalah salah seorang naib imam.

9. Taqiyyah dan Kitman

Taqiyyah dan Kitman dalam akidah Syiah bermakna menyembunyikan kepercayaan dan amalan sebenar mereka sekiranya mereka bersama-sama dengan masyarakat Islam. Ini bermakna mereka juga sedar bahawa ajaran dan amalan mereka itu adalah salah. Menurut ulama mereka, amalan taqiyyah dan kitman merupakan amalan nenek moyang mereka yang terdahulu dan pelakunya mendapat pahala. Atas dasar ini mereka dapat hidup hingga sekarang. Dalam menyebarkan dakyah mereka di Malaysia, mereka bertaqiyyah, menggunakan slogan cintakan Ahli Bayt, pada hal Ahli Bayt dalam konsepsi mereka, hanya beberapa orang sahaja, berbeza dengan konsep kita Ahli Sunnah wal Jamaah.

Perlu difahami, amalan taqiyyah ini dibuat jika mereka berada dalam keadaan tersepit dan dalam jumlah sedikit atau untuk mencapai sesuatu tujuan keagamaan mereka seperti keadaan awal mereka di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Tetapi amalan ini akan ditinggalkan apabila mereka merasa keadaan mereka sudah selesa seperti sekarang ini. Sebab itu kita dengar puak Syiah Malaysia sudah berani mengisytiharkan mereka sebagai penganut Syiah. Ini semua sebagai dakyah dan untuk menakut-nakutkan masyarakat Sunni dan supaya kerajaan menunaikan tuntutan mereka. Tetapi dalam dakyah mereka dalam kalangan orang Sunni, amalan taqiyyah ini masih berlaku. Tujuannya ialah untuk mengumpan orang Sunni.

10. Ahl Bayt

Dalam kitab-kitab Tauhid kita, memang kita diwajibkan mencintai Ahli Bayt. Ahli Bayt yang sebenar ialah ahli kelurga Nabi SAW yang memiliki dan hidup di dalam Akidah dan Syariat yang benar seperti yang diajarkan oleh Baginda. Namun terdapat juga keturunan Ahl Bayt yang telah terkeluar dari ajaran Baginda SAW seperti menganut fahaman Marxisme, sekularisme, Liberalisme, Pluralisme agama dan Syiah. Mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Ahli Bayt lagi.

Ahl Bayt Rasulullah SAW, tiada kena mengena langsung dengan ajaran dan kumpulan Syiah lebih-lebih lagi Syiah Khumayni. Maulana Abu Hasan Ali an-Nadvi seorang ahli Bayt daripada keturunan Saidina al-Hasan r.a, ada menulis sebuah buku cukup baik yang menyorot kesesatan Syiah. Seorang Quraisy dari keturunan Saidina al-Hasan juga, Sayyid Muhammad al-Maliki dari Hijaz, amat kuat menentang Syiah. Demikian Ahl Bayt di Hadramawt.

11. Rukun Iman

Rukun Iman mereka antara lain ialah beriman kepada semua imam mereka yang dua belas dan beriman kepada imamah dan walayah Ali serta menolak imamah tiga khalifah sebelum 'Ali r’a. Khumayni termasuk dalam kelompok ini. Sesiapa yang engkar dalam perkara ini, dikategorikan sebagai kafir.

12. Konsep 'Ibadah

Oleh kerana mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin, maka terdapat perbezaan besar dan dasar antara kita orang Islam dengan mereka yang Syiah, dalam semua urusan ibadah. Cara azan, solat, puasa, zakat, nikah kahwin, mengurus jenazah dsb, amat bertentangan dengan kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka boleh solat jamak sepanjang waktu, kita tidak boleh, kecuali uzur syarak. Ahli Sunnah mengharamkan nikah mut'ah, mereka mengharuskannya bahkan mendapat pahala yang besar. Ringkasnya, semua ibadat mereka bercanggah dengan Islam dan Sunnah.


************************************************************  

MAZHAD - MAZHAD SYIAH

***********************************************************************

Umum mengetahui kewujudan fahaman syiah di negara kita dan bahaya syiah khususnya dalam masyarakat Islam. Even, ramai non-muslim menyamakan syiah itu sama dengan Islam kerana 'perwatakan' yang hampir serupa dengan Ahli Sunnah. Tapi, masih ramai yang tidak mengetahui (termasukla Kenit)  yang syiah ini tergolong dalam banyak kategori.

Dan ketika komen dari seorang pembaca post Kenit 'Syiah Bukan Islam' mengenai Syiah Zaidiyah, maka terpanggil la Kenit untuk membuat sedikit 'research' mengenai syiah Zaidiyah yang dikatakan tidak sama dengan syiah Rafidhah. Terima kasih pada adik yang mengomen tadi. Kalu adik tak bangkit pasai syiah Zaidiyah ni, sampai ke tua pun akak tak tahu...hehe.

Aperpun, kembali kepada perbincangan mengenai topik, rupa2nya syiah ini terbahagi kepada banyak kumpulan @ kategori.  Syiah terbahagi kepada;

a) Al-`Adliyah Al-Qadariyah 

b) Jabariyah

c) Imamiah(Rafidhah)

d) Ismailiyah

e) Ja'fariyyah

f)  Zaidiyah

Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam; iaitu perkara terpenting dalam akidah syiah. Dari pernyataan adik tadi mengenai terdapat perbezaan antara syiah Imamiah (Imam 12 belas) dan syiah Zaidiyah, jadi biler Kenit godek2 info mengenainya, maka inilah yang dapat Kenit kongsikan.





Kesimpulannya syiah Zaidiyah termasuk daripada firqah yang terkeluar daripada Ahli Sunnah kerana perbezaannya dengan ahli Sunnah dalam masalah akidah dan kecondongan mereka kepada akidah muktazilah, namun mereka jika dibandingkan dengan Imamiah lebih dekat dengan Ahli Sunnah.

Walaubagaimanapun, mereka tetap dikategorikan sesat oleh para Ulama' Islam kerana berbeza akidah dan furu' mereka. Syiah Zaidiyah kebanyakannya berkembang di Yaman, manakala syiah Imamiah(Rafidhah) berkembang di Iran.

1 comment:

  1. di indonesia juga ada aliran sesat syiah tapi mereka sangat terkucil dari masyarakat karena syiah dilarang di indonesia....

    ReplyDelete