FITNAH DAJJAL ALA SYIAH
KOMENTAR : KEPERCAYAAN MAKHLUK BERNAMA " DAJJAL " HANYA DALAM ISLAM DAN TIADA NAMA DAJJAL DALAM AGAMA - AGAMA LAIN... SYIAH SEMASA ERA KHOMEINI ADALAH SATU REVOLUSI MEWUJUBKAN AKIDAH DAN AJARAN SONGSANG YANG DIDOMINASIKAN OLEH KHOMEINI ( RUHULLAH )...SAMA SEPERTI FITNAH DAJJAL WUJUB UNTUK MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM UNTUK BERTUHANKAN SELAIN DARIPADA ALLAH SWT . BERHATI - HATILAH SUPAYA KITA TIDAK TERJEBAK Check Also Latest Update : Blog Yang bertajuk KEBENARAN at syiahmalaysia@blogspot.com
Tuesday, December 3, 2013
Thursday, November 7, 2013
PERANG SYRIA
taotauajer.blogspot.com
TAOTAUAJER - KEMATIAN rakyat
Syria mencecah 200,000 orang dalam tempoh lebih dua tahun kebangkitan
rakyat ketika pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dikatakan lebih
dahsyat berbanding kematian yang dicatat di Palestin ketika negara itu
ditawan Israel.
Kekejaman itu membuka mata banyak pihak sehinggakan tragedi Syria
bermandi darah mendapat perhatian ramai termasuk negara berkuasa besar,
Amerika Syarikat (AS) yang mengumumkan akan menyerang Syria berikutan
dakwaan penggunaan senjata kimia.
Walaupun AS masih berdolak-dalik dengan serangan itu, pelbagai andaian
mula timbul kerana terdapat dakwaan menyatakan Perang Dunia Ketiga akan
meletus daripada apa yang sedang berlaku di bumi anbiya itu. Tidak
kurang juga yang mengaitkan keadaan itu dengan petanda akhir zaman.
Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NURULFATIHA MUAH dan jurufoto,
AZMI ARYANTO bersama pendakwah yang juga pengkaji isu Syria, Ustaz Nazmi
Karim.
Kejadian yang berlaku di Syria dikatakan antara petanda akhir zaman. Ada atau tidak nas yang boleh dikaitkan dengan andaian itu?
Petanda akhir zaman memang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW.
Baginda berulang dua kali mengatakan bahawa akan berlaku peperangan
besar yang apabila peperangan ini terjadi, perkhemahan orang Islam
paling ramai adalah di sebuah tempat bernama Ghouta Dimashq yang
bermaksud kebun besar yang mengelilingi bandar Damsyik di Syria. Nabi
kata, di kebun besar ini ada sebuah bandar dikatakan namanya Damsyik,
sebaik-baik tempat tinggal umat Islam ketika itu. Ini tanda-tanda akhir
zaman. Kalau kita lihat di Syria sekarang ini, kawasan ini jadi tempat
paling ramai mujahidin berhimpun. Tempat lain ada ramai juga, tetapi
tempat ini yang disebut Rasulullah SAW.
Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah bersabda;
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA).
Ketahui lebih mendalam lagi tentang Al Malhamah Al Kubra Perperangan Akhir Zaman 

Wallahua'lam, berdasarkan hadis itu, jika benar Amerika Syarikat serang
Syria, mereka akan masuk kawasan itu iaitu di pesisiran laut. Kalau
betullah ia berlaku, maknanya tentera Perjanjian Pakatan Atlantik Utara
(Nato) dan Rom ini akan masuk ikut ke pantai menyerang seluruh Syria.
Nabi kata, ALLAH akan menghantar tentera mujahidin dari bandar Damsyik
akan bergerak menuju ke Dabiq dan berlaku peperangan nanti di sana. Jadi
kebanyakan peperangan akhir zaman itu akan berlaku belah-belah negara
Syria dan Syam.
Kenapa tumpuan diberikan kepada negara di sebelah Syria?
Mungkin ada beberapa faktor. Dari segi kawasan, ia strategik dan
kedudukan geografi Syria menyambung hubungan darat antara Syria dengan
Eropah, Afrika dan Asia. Kedua, Nabi Isa AS akan turun di Syria
berdasarkan hadis Rasulullah SAW. Baginda bersabda Nabi Isa AS akan
turun di Menara Putih sebelah timur Kota Damsyik. Jika dilihat pada
gambarnya, ia bukan menara masjid, tetapi sebuah pasar lama di dalam
sebuah kota lama. Di sini ramai orang Kristian. Mereka juga sudah tahu
perkara ini dan bersiap-siap untuk sambut Nabi Isa AS. Sebab itu bumi
Syria jadi tumpuan ramai termasuk orang berfahaman Syiah, Kristian,
Yahudi, selain orang Islam sendiri. Turut menjadi tumpuan kerana Imam
Mahdi akan menyambut turunnya Nabi Isa AS di Damsyik seperti yang pernah
disebut dalam hadis Rasulullah bahawa Nabi Isa akan turun di Menara
Putih itu ketika solat Subuh dan disambut oleh Imam Mahdi.
Apa yang berlaku sebelum Imam Mahdi muncul?
Sebelum turun Imam Mahdi, Nabi Muhammad SAW kata, akan berlaku
pembunuhan tiga orang anak khalifah yang mana mereka berebut harta karun
di Kaabah, Mekah. Saya tidak pasti apa yang direbutkan itu, tetapi
ketiga-tiga mereka tidak berjaya. Maka berlakulah fitnah yang besar
antara orang Islam sendiri, sehingga muncullah Imam Mahdi.
Imam Mahdi adalah keturunan Nabi Muhammad SAW dan namanya sama seperti
nama nabi, Muhammad bin Abdullah. Beliau akan muncul di Makkah apabila
fitnah kuat melanda dan dibai’ah antara bucu Kaabah dengan makam Nabi
Ibrahim AS. Kemudian. Imam Mahdi akan mengetuai mujahidin bergerak ke
Syria. Apabila sampai di Syria, masa itu Dajjal sudah keluar dan memang
tujuan utamanya hendak melawan Dajjal. Apabila Nabi Isa AS turun, tugas
utama baginda ialah untuk membunuh Dajjal.
Pada masa itu, Dajjal sudah mengelilingi dunia untuk merosakkan orang
Islam dan mengkafirkan orang sehingga akhirnya Nabi Isa AS kejar Dajal
sampai di satu tempat bernama Bab Luddin di Palestin. Di situlah akan
dibunuhnya Dajjal. Dajjal apabila tengok Nabi Isa AS itu, dia jadi cair
macam batu garam yang disirami air.
Keadaan yang berlaku di Syria ketika ini, seolah-olah mengikut skrip iaitu hadis Nabi?
Ya, memang betul mengikut skrip. Nabi sebut akan berlaku peperangan
besar, sekarang ini berlaku perang di Syria. Ramai orang tak tahu
sebabnya. Kebangkitan di Syria berlaku pada Mac 2011. Puncanya
sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah di sebuah bandar bernama Dar’a.
Kanak-kanak ini conteng dinding sekolah dengan perkataan 'Ash-sha’ab
yurid isqaat an-nizam' bermaksud ‘rakyat hendak jatuhkan kerajaan’.
Mereka tulis perkataan itu bukan sebab diajar, tetapi masa itu
berlakunya Arab Spring iaitu kebangkitan negara Arab di Tunisia, Yaman
dan Mesir. Apabila kebangkitan itu, semua negara ini tulis slogan yang
sama iaitu “Ash-sha’ab yurid isqaat an-nizam” ketika berdemonstrasi.
Kanak-kanak ini tidak tahu apa-apa.
Polis datang ke sekolah dan mengarahkan sekolah ditutup. Kanak-kanak
yang terlibat ditangkap, dipenjarakan dan diseksa. Antara seksaan yang
dikenakan ialah dicabut kuku mereka. Keluarga kanak-kanak ini datang ke
balai minta anak-anak mereka dibebaskan, tetapi polis kata: “Lupakan
anak engkau dan engkau buat yang lain. Ataupun engkau hantar bini engkau
di balai polis, kami akan buat bini engkau mengandung lagi sekali”.
Ayat ini yang saya dengar sendiri daripada orang Syria bercerita ketika
kes itu berlaku. Rentetan itu, orang kampung mula keluar berdemonstrasi
aman dan itu merupakan kali pertama rakyat Syria buat demonstrasi aman
minta anak dibebaskan. Sebelum ini, mereka memang tidak berani lawan
kerajaan langsung kerana kerajaan memang amat zalim.
Entah bagaimana, mereka yang berdemonstrasi aman ini pula akhirnya
ditembak anggota keselamatan. Ramai yang mati. Peristiwa ini tersebar ke
seluruh Syria. Kebetulan, masa itu di negara Arab yang lain sudah
berlaku kebangkitan. Rakyat Syria memang tidak fikir untuk lawan
kerajaan, tetapi mereka hanya hendak kanak-kanak yang ditahan itu
dibebaskan. Itu saja. Apabila sudah jadi begitu, mereka pun tidak tahan,
maka muncullah Tentera Pembebasan Syria (FSA) setelah enam bulan rakyat
Syria ditangkap, diseksa dan dibunuh. FSA merupakan sukarelawan rakyat
Syria yang hendak pertahankan maruah dan akidah mereka. Mereka yang mula
pertahankan keluarga sendiri daripada kerajaan pimpinan Bashar
al-Assad.
Persengketaan di Syria ada kaitan dengan Syiah - Sunni. Dan sebagaimana
penerangan Ustaz tadi, ia juga dikaitkan dengan kemunculan Dajjal.
Difahamkan, ada hadis menyebut bahawa Dajjal nanti akan diiringi oleh
orang Yahudi dari Isfahan, Iran. Apa maksud hadis itu?
Nabi bersabda, “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi dari kota
Isfahan, mereka memakai al-Tayalisah”. ini hadis riwayat Muslim.
Al-Tayalisah ialah sejenis selendang yang dipakai orang Iran atau Parsi
semasa hendak perang dan sembahyang.
Persoalannya kenapa Nabi kata Dajjal keluar di sebuah bandar di Iran,
tidak di Israel atau Amerika, Rusia atau China? Saya tidak pasti,
tetapi jika kita lihat di Iran, ada Syiah di sana. Apabila berlaku
kebangkitan rakyat di Syria, negara luar yang mula-mula campur tangan
ialah Iran. Masa campur tangan itu, mereka bukan hendak sokong rakyat
Syria, tetapi Iran hantar 10,000 tentera dengan penembak hendap.
Pada Mei 2012, saya bersama NGO Muslim Care hantar bantuan kali pertama
ke Syria dan kami bertemu dengan seorang ulama Syria di Turki, Sheikh
Muhammad Ali As-Sobuni. Beliau berkata; “Kami dulu menyangka Syiah ini
saudara kita, rupa-rupanya mereka adalah sebaliknya. Bahkan, Syiah ini
lebih ‘najis’ dan lebih dilaknat daripada Yahudi. Sebab bilangan orang
Islam yang dibunuh di Palestin pun tak sama (masih kurang) banding
dengan orang Islam yang dibunuh di Syria”. Di Syria yang mendapat
sokongan Syiah Iraq, Iran dan Hizbullah dari Lubnan, lebih 200,000
rakyat Syria sudah dibunuh sejak kebangkitan itu. Berbanding di
Palestin, hanya berpuluh ribu sahaja yang terbunuh sejak Israel tawan
negara itu. Melihat kepada perkara ini, kita pelik kenapa Syiah begini
dan benarlah Nabi kata Dajal akan keluar dari Isfahan, Iran.
Tuesday, October 1, 2013
FITNAH DAJJAL ALA SYIAH
PERANG MALLAMAH
Perang Akhir Zaman Bermula di Aleppo - huraian hadis
Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.
Pakatan Salib Yang Dinaungi Knight Templer
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang):
Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70.000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali. (ke Syam)
Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah"Yusuf bin Abdullah al-Waabil :
Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.
Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom ) adalah dari keturunan al-ees, putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (alaihis salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:
"Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera).
Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.
Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain.
Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah) petunjukzaman
Syria & hadis-hadis perang akhir Zaman
PERBANDINGAN DAJJAL DAN SYIAH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.........
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
SYIAH adalah satu aliran yang telah tercipta atas dasar perasaan DENDAM terhadap bangsa arab dan ingin menjadi pengusaha manusia sejagat ( RAJA DUNIA ) yang aslinya berakar umbi dari dendam dan sifat kerakusan bangsa YAHUDI. Kini fahaman itu telah menular dengan luas sekali dan kini menuju ke satu arah yang mensasarkan agama sejagat sebagai " AGAMA SYIAH " yang akan menggantikan agama ISLAM secara keseluruhannya ...........
Fenomena sekarang ini, SYIAH seolah - olah menjadi AGENDA DAJJAL untuk merusakkan manusia terutamanya orang islam untuk meninggalkan aqidah dan kepercayaan mereka kepada Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W dengan mencipta satu fahaman yang berasaskan DAJJAL laknatullah.............. dan kini SYIAH sedang mempersiapkan diri untuk menjadi " ASKAR DAJJAL" shaf pertama................
"Marilah kita sama - sama membuat perbandingan dengan fitnah dajjal dan agama syiah secara ilmiah dan dada yang terbuka bukan atas dasar sifat fanatik ataupun asyabiyyah "
FITNAH DAJJAL
Sahabat yang dirahmati Allah,
Tidak
ada yang mengingkari bahwa fitnah Dajjal adalah fitnah besar sepanjang
perjalanan hidup Bani Adam di atas dunia ini sampai pada hari kiamat.
Hal ini disebabkan berbagai bentuk keanehan yang diciptakan Allah
Subhanahu wa Ta’ala yang bisa diperbuat oleh Dajjal tersebut,
sebagaimana dijelaskan dalam banyak riwayat. Dua fitnah yang
sesungguhnya diusung oleh Dajjal untuk merekrut pengikut itulah fitnah
syahwat dan fitnah syubuhat. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa
fitnah besar Dajjal terhadap umat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam:
1. Bersama Dajjal ada surga dan neraka
Diriwayatkan
oleh Al-Imam Muslim dalam Shahih-nya (no. 2934) dari sahabat Hudzaifah
bin Al-Yaman radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
الدَّجَّالُ أَعْوَرُ الْعَيْنِ الْيُسْرَى جُفَالُ الشَّعَرِ مَعَهُ جَنَّةٌ وَنَارٌ فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dajjal
adalah buta sebelah kiri, sangat keriting rambutnya, dan bersamanya
surga dan neraka. Namun nerakanya adalah surga dan surganya adalah
neraka.”
2. Bersamanya ada sungai-sungai yang penuh air
Diriwayatkan
oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu (no. 2934) dari shahabat Hudzaifah
radhiyallahu ‘anhu berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
bersabda:
لَأَنَا
أَعْلَمُ بِمَا مَعَ الدَّجَّالِ، مِنْهُ مَعَهُ نَهْرَانِ يَجْرِيَانِ
أَحَدُهُمَا رَأْيَ الْعَيْنِ مَاءٌ أَبْيَضُ وَاْلآخَرُ رَأْيَ الْعَيْنِ
نَارٌ تَأَجَّجُ فَإِمَّا أَدْرَكَنَّ أَحَدٌ فَلْيَأْتِ النَّهْرَ الَّذِي
يَرَاهُ نَارًا وَلْيُغَمِّضْ ثُمَّ لْيُطَأْطِئْ رَأْسَهُ فَيَشْرَبَ
مِنْهُ فَإِنَّهُ مَاءٌ بَارِدٌ، وَإِنَّ الدَّجَّالَ مَمْسُوْحُ الْعَيْنِ
عَلَيْهَا ظَفَرَةٌ غَلِيْظَةٌ مَكْتُوْبٌ بَيْنَ عَيْنَيْهِ كَافِرٌ
يَقْرَؤُهُ كُلُّ مُؤْمِنٍ كَاتِبٍ وَغَيْرِ كَاتِبٍ
“Sesungguhnya
aku mengetahui apa yang menyertai Dajjal. Yaitu, bersamanya ada dua
sungai yang mengalir. Dengan penglihatan mata, salah satunya adalah air
yang putih dan yang lain api yang berkobar. Maka barangsiapa menjumpai
yang demikian hendaklah dia mendatangi sungai yang dia lihat sebagai api
dan pejamkan matanya kemudian tundukkan kepalanya dan minumlah darinya,
karena sesungguhnya itu adalah air yang dingin. Sesungguhnya Dajjal
buta dan pada matanya ada daging tumbuh yang tebal serta tertulis di
antara dua matanya kafir, yang akan dibaca oleh setiap orang yang
beriman baik yang bisa menulis atau tidak.”
3. Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi menumbuhkan tanamannya
Hal
ini dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
sebagaimana dalam riwayat Al-Imam Muslim rahimahullahu dalam Shahih
beliau (no. 2937) dari sahabat An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu:
قُلْنَا:
يَا رَسُوْلَ اللهِ وَمَا لَبْثُهُ فِي اْلأَرْضِ؟ قَالَ:أَرْبَعُوْنَ
يَوْمًا يَوْمٌ كَسَنَةٍ وَيَوْمٌ كَشَهْرٍ وَيَوْمٌ كَجُمُعَةٍ وَسَائِرُ
أَيَّامِهِ كَأَيَّامِكُمْ. قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَذَلِكَ
الْيَوْمُ الَّذِي كَسَنَةٍ أَتَكْفِيْنَا فِيْهِ صَلاَةُ يَوْمٍ؟ قَالَ:
لاَ، اقْدُرُوا لَهُ قَدْرَهُ. قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَمَا
إِسْرَاعُهُ فِي اْلأَرْضِ؟ قَالَ: كَالْغَيْثِ اسْتَدْبَرَتْهُ الرِّيْحُ،
فَيَأْتِي عَلَى الْقَوْمِ فَيَدْعُوْهُمْ فَيُؤْمِنُوْنَ بِهِ
وَيَسْتَجِيْبُوْنَ لَهُ فَيَأْمُرُ السَّمَاءَ فَتُمْطِرُ وَاْلأَرْضَ
فَتُنْبِتُ
Kami berkata: “Ya
Rasulullah, berapa lama masa tinggalnya di atas dunia?” Beliau
bersabda: “40 hari. Satu hari bagaikan satu tahun, satu hari bagaikan
satu bulan, dan satu hari bagaikan satu minggu dan selain itu harinya
sama dengan hari biasa.” Kami mengatakan: “Ya Rasulullah, bagaimana
kalau satu hari bagaikan satu tahun, apakah cukup bagi kita untuk
melaksanakan shalat satu hari?” Rasulullah bersabda: “Tidak, tetapi
ukurlah kadarnya.” Kami berkata: “Ya Rasulullah, bagaimana tentang
kecepatannya di muka bumi?” Beliau bersabda: “Bagaikan hujan yang ditiup
oleh angin lalu dia mendatangi kaum dan menyerukan mereka sehingga
mereka beriman kepadanya dan menerima seruannya. Dia juga memerintahkan
langit untuk menurunkan hujan dan kemudian hujan turun; dan
memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka kemudian tumbuh.”
4. Bersamanya segala perbendaharaan bumi, dan bisa menempuh arah dengan cepat bagaikan hujan yang ditiup oleh angin. Sebagaimana dalil yang disebutkan di atas.
5. Menghidupkan dan mematikan.
Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim rahimahullahu dari sahabat Abu Sai’d Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu (no. 2938) berkata:
حَدَّثَنَا
رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيْثًا
طَوِيْلاً عَنِ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيْمَا حَدَّثَنَا قَالَ: يَأْتِي
وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِيْنَةِ
فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِيْنَةَ
فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ
خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُوْلُ لَهُ: أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي
حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيْثَهُ.
فَيَقُوْلُ الدَّجَّالُ: أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ
أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّوْنَ فِي اْلأَمْرِ؟ فَيَقُوْلُوْنَ: لاَ. قَالَ:
فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيْهِ فَيَقُوْلُ حِيْنَ يُحْيِيْهِ: وَاللهِ مَا
كُنْتُ فِيْكَ قَطُّ أَشَدَّ بَصِيْرَةً مِنِّي اْلآنَ. قَالَ: فَيُرِيْدُ
الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلاَ يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada kami sebuah hadits
yang panjang tentang Dajjal pada suatu hari. Di antara apa yang beliau
sampaikan adalah: “Dajjal datang dan dia diharamkan untuk masuk ke kota
Madinah, maka dia berakhir di daerah yang tanahnya bergaram yang berada
di sekitar Madinah. Maka keluarlah kepadanya seorang yang paling baik
dan dia berkata: ‘Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah
diceritakan oleh Rasulullah.’ Lalu Dajjal berkata (kepada pengikutnya):
‘Bagaimana jika aku membunuh orang ini kemudian menghidupkannya, apakah
kalian masih tetap ragu tentang urusanku?’ Mereka berkata: ‘Tidak.’ Dia
pun membunuhnya kemudian menghidupkannya. Orang yang baik itu berkata
setelah dihidupkan: ‘Demi Allah, aku semakin yakin tentang dirimu.’
Rasulullah berkata: ‘Lalu Dajjal ingin membunuhnya lagi namun dia tidak
sanggup melakukannya’.”
6. Melakukan penipuan dengan mengubah wujud seseorang
Demikianlah
beberapa bentuk dari sekian fitnah Dajjal yang sangat dahsyat. Tidak
ada seorang pun yang akan selamat melainkan orang-orang yang berusaha
menyelamatkan dirinya kemudian dijemput oleh rahmat Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Dengan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala, dia selamat dari fitnah
Dajjal yang amat sangat dahsyat.
Bentuk
fitnah yang juga diusung oleh Dajjal dalam rangka mencari pengikut
adalah fitnah syahwat. Sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menguji
kita dengan sedikit harta benda dunia dan kita berguguran menjadi budak
kesesatan. Bisa dibayangkan jika si Dajjal mengusung surga dan neraka,
membunuh dan menghidupkan, di tangannya ada perbendaharaan bumi,
memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turun. Dan
memerintahkan bumi menumbuhkan tanam-tanaman lalu tumbuh, kemudian
menawarkannya kepada kita. Ke manakah kita akan menginjakkan kaki?
Apakah menjadi pengikut Dajjal yang di tangannya kenikmatan semu, atau
menjadi kekasih Allah Subhanahu wa Ta’ala? Jawabannya ada dalam diri
kita masing-masing.
FITNAH SYIAH
GAMBARAN AJARAN DAN FAHAMAN SYIAH
Ulama terkenal, Syeikh Sa’id Hawwa dalam sebuah risalahnya berkaitan Syiah menyenaraikan beberapa penyelewengan mereka.
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama
: Syiah percaya bahawa para imam mereka adalah maksum sehingga
mengatasi Nabi dan bebas daripada dosa atau tidak berdosa. Menurut Syiah
lagi, para Imam Syiah bebas daripada kesalahan, ghaflah (lalai) dan
lupa sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja serta kedudukan imam itu
mengatasi kedudukan kenabian.
Perkara ini menurut ulama Syiah adalah ijmak atau kesepakatan golongan terdahulu dan terkemudian Syiah. Oleh kerana itu para imam Syiah mempunyai kuasa mutlak dan hak serta pemilihan dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal MACAM TUHAN..........
Kedua : Syiah percaya bahawa al-Quran yang wujud di
tangan kaum muslimin pada hari ini telah mengalami perubahan. Perkara
ini diakui oleh ulama mereka seperti al-Kulaini dan Muhammad Baqir
al-Majlisi dalam karangan mereka. Syiah mendakwa mereka memiliki
al-Quran yang disebut sebagai “Mashaf Fatimah” dan ianya tiga kali ganda
banyaknya daripada al-Quran yang kita miliki.
Lihatlah
bagaimana orang Syiah menganggap bahwa Al Quran yang ada di
tengah-tengah kita belum sempurna. Dan lihatlah bagaimana Syiah berdusta
atas nama Saidina Ali k.wj. Mereka menyatakan bahawa hanya Ali bin Abi
Talib yang boleh mengumpulkan Al Quran.
Secara langsung orang Syiah telah membantah firman Allah SWT :
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Maksudnya
: “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah
Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redai Islam itu jadi agama
bagimu.” (Surah Al Maidah ayat 3).
Ayat ini menunjukkan bahawa Islam telah sempurna, begitu pula Al Quran.
Ketiga
: Syiah tidak mengiktiraf hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh
kebanyakan para sahabat seperti Abu Hurairah r.a, Samrah bin Jundub r.a,
Amr bin al-Ass r.a. dan sebagainya. Syiah juga menolak hadis-hadis Nabi
SAW yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Saidatina Aisyah r.ha.
Menurut
Syiah, umat Islam telah kufur selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW
kecuali tiga atau empat orang sahabat iaitu al-Miqdad bin al-Aswad r.a,
Abu Dzar al-Ghifari r.a. dan Salman al-Farisi r.a. kerana mereka tidak
berpegang dan tidak mempercayai hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para
sahabat bahkan meletakkan hadis-hadis tersebut dalam kelompok
hadis-hadis palsu. Syiah hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan
oleh ahli al- bait atau kerabat Nabi SAW sahaja.
Sahabat yang dihormati,
Dr.
Musa al-Musawi, seorang yang dibesarkan dalam sebuah keluarga terhormat
di kalangan masyarakat Syiah menulis sebuah buku mengajak para penganut
fahaman Syiah pada hari ini untuk kembali memperbetulkan kepercayaan
yang telah diselewengkan dan menyalahi pegangan Islam yang sebenar.
Tegasnya, kebanyakan kepercayaan dan pengamalan Syiah pada hari ini
adalah rekaan atau perkara yang diada-adakan oleh ulama serta pemimpin
Syiah. Antara perkara yang ditegaskan oleh beliau ialah:
Pertama
: Penganut fahaman Syiah mengamalkan taqiyyah atau berpura-pura. Ianya
bermaksud melaksanakan sesuatu yang bersalahan dan berlainan daripada
kepercayaan. Sebagai contoh penganut fahaman Syiah membawa batu atau
tanah Karbala dan sujud di atasnya ketika solat di masjid penganut Syiah
dan menyembunyikan batu tersebut ketika solat di masjid-masjid bukan
penganut Syiah.
(Dalam Islam berpura-pura adalah sifat munafik yang dilarang keras oleh Allah SWT.)
Kedua
: Penganut fahaman Syiah mengadakan upacara perkabungan ke atas
kematian Saidina Husain pada Hari Asyura, 10 Muharram dengan berdukacita
meratap dan menangis kesedihan, memalu (memukul) serta menyeksa tubuh
badan dengan rantai besi, benda tajam atau sebagainya.
(Amalan ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana amalan menyeksa diri adalah haram dan berdosa.)
Ketiga
: Penganut fahaman Syiah mengamalkan Mutaah yang bermaksud kahwin
kontrak atau sementara. Iaitu berkahwin dengan seorang perempuan atau
lebih tanpa saksi dan tanggungjawab nafkah dalam tempoh beberapa jam,
semalaman, seharian atau lebih. Mereka berpendapat bahawa kahwin Mutaah
adalah diharuskan dengan syarat wanita itu tidak bernikah atau bermutaah
dengan sesiapa.
(Dalam hadis riwayat Muslim jelas nikah Mutaah
telah di batalkan oleh Allah SWT sedangkan Syiah masih mengamalkan dan
mengharuskannya pula.)
Keempat : Penganut fahaman Syiah
sujud di atas batu atau tanah Karbala yang dibawa oleh mereka ketika
solat. Mereka juga menganggap wujudnya keberkatan daripada batu tersebut
dengan menciumnya ataupun memakannya sebagai penawar menyembuhkan
penyakit. Batu tersebut adalah cebisan tanah yang diambil daripada
perkuburan Saidina Husain di Karbala.
(Amalan ini adalah amalan kurafat yang boleh merosakkan akidah umat Islam)
Kelima
: Penganut fahaman Syiah meninggalkan Solat Jumaat dengan alasan Solat
Jumaat hanya wajib ketika wujud atau hadirnya Imam al-Mahdi. Namun,
ketika ketiadaan Imam al-Mahdi, mereka boleh memilih sama ada
melaksanakan Solat Jumaat atau melaksanakan solat Zohor. Umumnya,
penganut Syiah meninggalkan solat Jumaat.
(Berdosa besar meninggalkan solat Jumaat kerana solat Jumaat telah difardukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran)
Keenam
: Penganut fahaman Syiah mengamalkan jamak solat fardu iaitu Zohor dan
Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir atau tidak tanpa
sebarang sebab. Walaupun ulama Syiah menfatwakan sunat hukumnya solat
pada waktu-waktunya. Namun, dari sudut pengamalan mereka lebih
mengamalkan jamak di antara dua solat, Zohor dan Asar dan Maghrib dan
Isyak. Perkara ini boleh dilihat diseluruh tempat-tempat solat yang
diurus oleh penganut-penganut Syiah.
(Umat Islam daripada Ahli
Sunnah Wal Jamaah tidak menjamakkan solat fardu melainkan dalam musafir
atau ada perkara penting yang diharuskan jamak dua solat fardu)
Sahabat yang dimuliakan,
Penyelewengan
kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di
tangan kita pada hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau
riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah SAW seperti Saidina Abu
Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut fahaman Syiah mengamalkan
amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran Islam yang
sebenar oleh para ulama dan institusi-institusi Islam.
Hadis daripada Irbid bin Sariah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :
“Sesungguhnya
aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas nyata dari sebarang
kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita seperti siang
harinya. Sesiapa pun tidak akan tergelincir darinya selepasku melainkan
mereka yang ditakdirkan binasa. Sesiapa yang hidup selepas itu akan
melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka hendaklah kamu berpegang
dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafa’
rashidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan itu dengan teguh”. (Hadis
Riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas menjelaskan bahawa
Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina
Uthman dan Saidina Ali adalah para pemimpin yang terpimpin dengan tunjuk
ajar daripada Nabi Muhammad SAW. Begitu juga sekalian para sahabat,
mereka adalah umat terbaik selepas kewafatan Baginda SAW. Justeru, kita
sebagai muslim mestilah berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan
ideologi yang jelas menyalahi serta menyeleweng daripada perkara asas
dalam ajaran Islam, apatah lagi yang telah diwartakan sesat, menyeleweng
dan seumpamanya. Dalam menghadapi kemelut kepercayaan, para ulama
adalah mereka yang berkelayakan untuk kita rujuk. Sesungguhnya Islam
adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas
kekufurannya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 59 maksudnya :
“Wahai
orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa)
dari kalangan kamu. Sekiranya kamu berselisihan dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya”.
Dalam surah An Nuur, Allah membantah
orang-orang yang menuduh Aisyah –isteri Rasulullah SAW yang mulia dengan
tuduhan keji iaitu berzina. Hal ini menunjukkan orang-orang Syiah
sangat benci terhadap Aisyah –puteri Abu Bakr- bahkan sebagian ulama
mereka sampai mengkafirkan Aisyah dan menyatakan Aisyah itu di neraka.
Na’udzu billahi min dzalik. Semoga Allah melindungi kita dan keluarga
kita dari kesesatan ajaran Syiah.
Sahabat yang dikasihi,

PENGASAS SYIAH


PRESIDEN IRAN
PRESIDEN SYIRIA

PRESIDEN MESIR

PRESIDEN IRAQ
PRESIDEN BAHRAIN

PRESIDEN AFGANISTAN
Berhati-hatilah dengan golongan Syiah ini kerana mereka bukan sahaja terdapat di Iran dan Iraq tetapi golongan ini telah bertapak di nusantara (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei). Mereka cukup fanatik dengan ajaran Syiah. Mereka cuba menyerap masuk dan mensyiahkan para pelajar IPT dan pendakwah Islam. Yang menjadi tanda tanya ada sebahagian 'ustaz' kita boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah. Kerajaan Iran mempunyai dana yang besar dan cuma menyebarkan fahaman Syiah ke seluruh dunia dan cuba menyesatkan umat Islam di negara kita . Perlu diingat golongan Syiah ini akan memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila berpeluang memeranginya contoh yang terdekat bagaimana tentera Iran Syiah dan pejuang Hasbullah Syiah telah menbantu rejim Basyar Assad laknatullah telah membunuh saudara-saudara kita di Syria tanpa belas kasihan. Umat Islam jangan berbangga dengan kerajaan Iran dan Hasbullah kononnya mereka anti-Israel, hakikat sebenarnya mereka adalah musuh dalam selimut dan bersekongkol dengan Israel dan Amerika untuk memerangi umat Islam.
GEJALA SYIAH MASAKINI
Wallahuallam .........
Subscribe to:
Posts (Atom)